Selasa, 24 Ogos 2010

Jatuhnya Negeri-Negeri Di Tanah Melayu

     Kemerdekaan negara hendaklah dipertahankan dan dikekalkan walau dengan apa cara pun. Sempena Hari Kemerdekaan, marilah kita ungkaikan lakaran sejarah yang membawa kepada kemerdekaan negara.Kesultanan Melayu Melaka mencoretkan sejarah kepada era permulaan pembentukan negara berdaulat yang bertitik tolak pada tahun 1400.

     Namun perjalanan sejarah Melaka hanya bertahan sehingga tahun 1511 dengan noktahnya berakhir dengan serangan Portugis ke atas Melaka. Dengan itu bermulalah era kolonial kuasa asing ke atas Tanah Melayu.

     Dengan dasar yang mencengkam penduduk tempatan dan serantau, pemerintahan Portugis dapat bertahan sehingga tahun 1641. Era penjajahan Portugis nampaknya lebih lama daripada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri!. Tahun 1641, Portugis dikalahkan oleh kuasa Eropah lain iaitu Belanda. Belanda menawan Melaka dengan bantuan orang Melayu Johor yang ketika itu mewarisi tradisi pemerintahan feudal pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

     Penguasaan Belanda ke atas Tanah Melayu diteruskan dengan kuasa imperialis Inggeris ke atas Pulau Pinang pada tahun 1786. Francis Light dengan tipu muslihatnya berjaya menguasai Pulau Pinang danSeberang Prai (1800) daripada Sultan Abdullah.

     Dengan berkibarnya bendera Union Jack di Pulau Pinang (kemudian ditukar nama kepada Prince of Wales) maka bermulah era penaklukan British di Tanah Melayu. Kemudian dengan rakusnya pihak imperialis Inggeris menguasai satu demi satu Negeri-Negeri Melayu.

     Bermula dengan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), Naning (1831), Perak (1874), Selangor (1875), Negeri Sembilan (1887) dan Pahang (1888). Perjanjian yang dimeterai mengakibatkan sultan-sultan Melayu terpaksa menerima “Penasihat British” dan amalam Sistem Residen dalam pentadbiran dengan sultan-sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan adat sahaja! Ini menafikan amalan tradisi sistem feudal seperti “pemerintahan tanpa kuasa”. Bagi memantapkan pemerintahan dan pentadbiran, Inggeris menubuhkan Negeri-Negeri Selat (1826) yang menggabungkan Pulau Pinang, Singapura, Melaka dan Dinding. Sementara itu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan atas nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).         

     Kegelojohan kuasa penjajah Inggeris untuk menguasai hasil bumi Tanah Melayu diteruskan dengan penguasaan ke atas negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui perjanjian yang dimeterai tanpa melibatkan sultan-sultan negeri tersebut iaitu Perjanjian Bangkok (1909). Oleh sebab ada bantahan maka “ulang tayang” pengesahan perjanjian dimeterai antara British dengan Kelantan pada 1910 dan Terengganu pada 1919. Johor pula menerima penasihat British pada tahun 1914. Negeri-negeri tersebut digabungkan atas nama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).



1 ulasan:

  1. JAGODOMINO Agen poker Online Terpercaya dan terbaik di Indonesia

    *Minimal Deposit Hanya Rp 15.000
    *Minimal Withdraw Hanya Rp 30.000
    *Proses Deposit & Withdraw Super Cepat & aman
    *Dilayani Oleh CS yang Profesional dan Ramah 24 Jam
    *Player Vs Player Dijamin 100% (Tanpa Robot)

    *=================[BIG PROMO]=================*

    *Bonus CASHBACK 0.2%-0.5% [SETIAP HARI]
    *Bonus REFERENSI 20% [SEUMUR HIDUP]

    info selanjutnya silahkan hubungi CS 24 jam yang siap melayani anda...
    WA: +855717086677
    BBM: jago288

    Untuk pendaftaran Langsung Kunjungi Link Resmi Kami

    BalasPadam